Sunday, December 20, 2009

Pharmacy Night 2009

Dah seminggu lalu di Kingwood Inn Hotel. We all satu family pergi termasuk Sofea. First time bawa Sofea pegi majlis and dia sangat behave. Bagus anak mama.

Sofea yang sangat behave

Overall, event ni ok. We all sangat enjoy sebab:

Makanan sedap (Sila abaikan spare tyre penulis ye)

Papa dapat hadiah

Mama dapat hadiah

Sofea pun dapat hadiah. Sofea menang "The Best Hair Do". Budak kecik ni dah berjaya kalahkan semua yang join dinner ni.

Hanya dengan headband di kepala. Aku memang suka pakaikan Sofea headband sebab rambut dia sikit. Takut orang ingat baby laki. Itu pun masih ade yang tanya, "Baby boy ke?"Lagipun comel kan kalo pakai headband.

Koleksi headband Sofea


Monday, December 14, 2009

Happy Anniversary

Emak abah,
Dah 30 tahun dah.
Dah ada cucu.
Happy Anniversary!



Friday, December 4, 2009

Sofea @ 6 months

Sofea dah 6 bulan.

Berat dah 7.2kg

Dah pandai makan biskut sendiri. Pegang biskut tangan kanan. Harap-harap tak kidal macam mamanya.

Dah pandai golek golek sampai terkeluar kawasan jajahan. Tinggalkan dia kejap, tengok-tengok kepala dah kat lantai. Harap-harap kepala tak terhempas kuat ke lantai masa nak bergolek ke situ.

Dah duduk dalam walker kat nursery supaya boleh belajar jalan. Kat rumah memang takde walker. Kalo ada pun bahaya sebab senang capai-capai barang. Nursery lapang aja.

Dah pandai posing depan camera. Selalu kalo orang nak ambil gambar dia, dia memang akan pandang kamera.

Dah pandai main sorang-sorang. Jadi, bolehlah aku buat kerja lain sementara dia tengah leka main.

Selalu main sorang-sorang dalam baby cot ni. Baby cot bukan tempat dia tidur. Masih lagi nak tidur dengan mama papa dia sebab puas bergolek.

Lain-lain development:
  • Dah kenal orang. Mula menangis kalo nampak orang yang dia tak kenal nak dukung dia. Dulu semua orang ok je.
  • Makin kuat membebel dan terjerit-jerit excited dengan bahasa dia yang tersendiri.
  • Dah mengundur-ngundur masa meniarap. Belum maju ke depan lagi.

Monday, November 30, 2009

Raya Korban and 27th Birthday Celebration

Hari Raya Korban

Sebelum terlambat dan menjadi sangat basi, aku nak wish Selamat Hari Raya Korban. Tahun ni sambut biasa-biasa je. Tapi agak terasa seperti berhari raya sebab ada dua rumah yang kitorang beraya. First, rumah bapa angkat kepada abah aku and lagi satu rumah sedara mak aku.

Tahun ni tak nak membazir jadi cuma masak simple-simple je. Nasi impit, kuah kacang, sambal tumis udang dengan rendang ayam. Lemang beli di kedai. Last year memang membazir yang amat. Tengah mabuk2 pregnant aku boleh plak masak ketupat yang dianyam sendiri 20 biji, rendang ayam, kari daging, sambal tumis udang, kuah lodeh dan sambal goreng jawa. Perut yang nak isi ada 2 je. Last-last tong sampah lah tempatnya. Dahler rebus ketupat sampai habis gas. Jiran yang dijemput plak tak datang sebab tertidur. Kesian tul.

Inilah jiran kami yang sama-sama dari semenanjung. Kalo aku cakap dia orang Sarawak ade yang percaya ke?

Hanya sorang tetamu kami di pagi raya. Ade improvement tahun ni. Next year boleh ramai lagi datang. Sebab sorang je yang datang, sume baki lauk raya kami yang melantak. Breakfast nasi impit, lunch nasi impit, dinner pun nasi impit. Alhamdulillah, we all managed untuk habiskan.


27th Birthday Celebration

Ini cerita last week. Birthday hari Isnin so aku celebrate birthday satu hari awal. Hari Ahad tu kitorang gi The Spring untuk birthday gift. Aku request baju dan seluar sebab banyak dah tak muat. Ingatkan pasrah je takde baju so aku lebih bermotivasi untuk kuruskan badan so boleh muat balik baju lama. Tapi lama-lama rasa stress sebab badan tak kurus-kurus, baju plak takde bila nak jalan-jalan. Jadi my hubby hadiahkan 2 pasang baju Ms Read. Huwaaaaa....aku punya size ada kat Ms. Read je. Kalolah kat Kuching ni ade Jusco, mesti baju aku dekat scarlet plus je. Sedih...

Sofea pun dapat hadiah birthday 6 bulan

Lepas shopping kami ke Riverside Majestic Hotel (dulu panggil Crown Plaza Hotel) untuk check in dan dinner. Last year cuma dinner je kat sini tapi check in Holiday Inn Hotel. Jadi adelah sikit kelainan walaupun cara celebrate same je. Hahaha... Tapi ada gak lagi satu yang lain. Skarang kitorang bertiga, bukan berdua lagi.

Masuk-masuk bilik je Sofea terus menangis tak ingat punya. Maybe dia tak biasa tempat baru kot. Kitorang cube think positive.

Ini muka sedih lepas nangis.

Malam kami bertiga dinner di Majestic Cafe. Tidak ade candle light dinner. Bahaya untuk berlilin-lilin bila sudah ade baby. Ni salah satu perubahan ketara bila dah bertiga.

Sofea pun join makan

Tak cukup semangkuk bubur, makan biskut rusk plak. Ade juga aku curi-curi suapkan mashed potato kat dia.

Time kitorang makan, Sofea pun sibuk makan. Tapi tetiba tengah makan biskut, die menangis terjerit-terjerit. Kitorang confused sangat sebab dia tak pernah nangis macam tu. Terpaksa hubby aku bawak dia jalan-jalan tempat lain untuk tenangkan dia. Jadi dinner untuk birthday kali ni aku makan sorang-sorang.

Sofea pun nak potong kek

Tak sempat nak potong kek kat cafe, jadi kitorang potong-potong kek kat bilik je. Macam aku kata tadi, skang memang tak de lilin. Jadi takdelah tiup lilin. Time tu Sofea excited sangat walaupun dia tak boleh makan kek. Lepas potong kek Sofea dah nampak ngantuk so aku try nak tidokan. Tapi tiba-tiba dia nampak cam tak tenang. Meracau-racau, tergaru-garu. Pelik jugak. Tengok-tengok muka dia dah naik bintat-bintat merah. Bengkak-bengkak, telinga kembang. Kitorang rasa pelik gak. Time tu mulalah fikirkan bukan-bukan. Kena sampuk hantu ke? Alergik mashed potato ke? Sebelum ni bagi bubur campur kentang ok je. Jadi apa lagi, terus check out hotel malam tu jugak, pegi klinik dan tido dekat rumah.

Muka tak selesa masa dekat klinik. Gambar ni tak perasan Muka Sofea merah-merah.

Gambar ni baru nampak sket. Tengok, telinga dia kembanglah.....

Skang baru aku sedar. Lain gayanya bila nak celebrate birthday dah ada anak ni. Tak sama macam dulu walaupun cara kitorang nak celebrate sama je. Check in hotel petang, last-last balik rumah jugak untuk tido. Selamat le pegi hotel dekat-dekat je. Kalo sampai ke Santubong ke, Sematan ke, jauh gak. Apa-apa pun aku sangat bersyukur, dalam usia 27 tahun ni aku dah dikurniakan seorang husband yang penyayang dan anak yang comel. (Hahaha..puji anak sendiri).

Monday, November 23, 2009

Happy Birthday!


Hari ni aku dah 27 Tahun. Tentang celebration update later k. Agak busy hari ni.

Saturday, November 21, 2009

Diploma in Breastfeeding


Alhamdulillah, hari ni diisytiharkan yang aku telah mendapat diploma in breastfeeding kerana telah berjaya menyusukan Sofea tanpa susu formula selama 6 bulan. Kalo ibu-ibu yang menyusu mesti tahu tentang award ni kan. Yeah! Rasa bersyukur sangat-sangat sebab aku diberi peluang macam ni. Ada masa untuk mengepam di tempat kerja even sebenarnya puas curi2 masa. Stok ebm jugak yang masih maintain. Masih belum perlukan any galactagogue (subtances yang induce lactation) untuk dapatkan production yang banyak. So skang aku yakin, semua ibu-ibu terutama yang bekerja boleh menyusukan anak secara eksklusif jika ade ilmu sepatutnya sebelum bersalin dan yang penting, faham konsep demand and supply.

Frozen EBM. Aku memang pastikan at least ade 20 botol untuk emergency. Hari-hari memang bagi yang fresh. Thanx tu owner rumah sewa aku sebab bagi fridge besar 3 pintu.

Walaubagaimanapun, ada gak beberapa perkara yang aku sesalkan. Ni pengakuan ikhlas. First, aku tak boleh nak kira 100% Sofea dapat susu ibu sahaja sbb kecetekan ilmu aku masa awal-awal bersalin dulu Sofea ada gak minum 6-7 kali susu lembu. Masa malam aku deliver tu nurse letakkan Sofea kat nursery supaya aku boleh berehat dan tido dengan tenang. Tak rooming in. Jadi time tu susu formula lah yang mengenyangkan Sofea. Aku tak tahu yang hospital private tak macam hospital government. Hospital kerajaan memang semua ada status baby friendly, jadi memang tak boleh ada botol atau susu formula. Semua ibu kena breastfeed anak dia walaupun penat bersalin. Kalo kat private, ekskusif breastfeeding tu tak penting sangat. Cuma ada 6 private hospital je kat Malaysia ni yang baby friendly antaranya Ampang Puteri Specialist dan Hospital Pantai KL. List di sini. Aku bersalin kat Hospital Pantai Melaka ye. Memang takde dalam list. Masa anak aku tahan ward jaundice pun nurse kat situ suruh aku bagi formula supaya senang. Tak payah aku hantar ebm hari-hari ke wad. Aku gagahkan jugak walaupun pukul 4 pagi. Paed Sofea plak suruh jangan breastfeed Sofea 3 hari sebab nak diagnose breastmilk jaundice. Aku ikut gak cakap doktor. Tapi tak bagi sehari je sebab tak sampai hati tengok Sofea cari breast je and biarkan dia minum susu lembu. Sebenarnya even breastmilk jaundice pun, breastfeeding tak perlu diberhentikan. Actually breastmilk tu sendiri boleh jadi penawar. Kalo banyak menyusu banyaklah baby poo poo. Jadi bilirubin ikut kuar skali. Kuranglah kuningnya nanti. Jadi kalo anak kedua nanti walaupun bersalin dekat hospital bukan rakan bayi, kena discuss dengar doktor dan nurse yang aku nak strictly complete breastfeeding. No formula.

Aku tak dapat eksklusif breastfeed Sofea untuk 6 bulan. 4 bulan sahaja lepas tu dah bagi makan. Ikut saranan WHO, baby perlu eksklusif breastfeed selama 6 bulan kemudian diteruskan untuk 2 tahun. Link di sini. Antara kelebihan exclusive breastfeeding for 6 months ialah anak dapat khasiat susu ibu secukupnya. Jadi imune system dia lebih kuat. Kalo start solid food awal, kurang menyusu. Jadi kuranglah khasiat susu tu. Kalo baby tak breastfeeding pun sekarang disaran start bagi makan umur 6 bulan supaya digestive system tu dah bagus. Untuk ibu plak, kelebihan eksklusif breastfeeding 6 bulan ialah senang nak loss weight. Kembali ke bentuk asal sbelum pregnant. Lepas tu tak datang period sepanjang 6 bulan. Jadi boleh family planning. Aku walaupun eksklusif 4 bulan pun berat taknak turun-turun pun. Naik adelah. Tapi bab tak datang period tu memang betul. Walaupun Sofea dah start makan, demand dia pada susu tetap sama. Jadi memang tak pernah period sejak bersalin.

Sempena dah dapat diploma in breastfeeding ni, aku masih lagi bercita-cita tinggi supaya dapat degree plak (1 tahun), kemudian sambung master (1 tahun setengah) dan akhir sekali PHD (2 tahun). Doakan ye.


Friday, November 20, 2009

Donald duck

video
Ini skill baru Sofea. Buat suara donal druck.